Setiap kali Pn. Jamilah pandang cermin, dia rasa ada sesuatu yang ‘lari’. Bukan kedutan sangat yang ganggu. Tapi ‘jowls’ tu—kulit kendur kat area dagu—yang buat muka dia nampak macam sedih, lesu. Umur baru 63, tapi rasa macam dah 70 lebih! Mula-mula ingat sebab kurang tidur, tapi bila dah cukup rehat pun, ‘jowls’ tu tetap setia menemani. Mula la risau, macam-macam produk sapu, tapi tak jalan. Last-last, rasa give up dah.
Kenapa Muka Kita ‘Jatuh’? (Bukan Sekadar Kedutan!)
Ramai ingat bila muka dah mula ‘jatuh’, itu sebab collagen dah kurang. Betul, collagen memang penting. Ia macam ‘spring’ kat kulit kita, bagi anjal dan tegang. Tapi, ada satu lagi lapisan yang lebih dalam yang mainkan peranan penting—SMAS, atau Superficial Musculoaponeurotic System. SMAS ni macam ‘struktur’ yang menyokong kulit dan lemak kat muka kita. Bila umur meningkat, SMAS ni jadi longgar, dan akibatnya, kulit muka pun mula ‘jatuh’. ‘Jowls’ tu salah satu contohnya, selain dari pipi yang mula ‘merosot’ dan garis senyum yang makin ketara.
Dari segi saintifik, proses penuaan ni kompleks. Bukan setakat kulit yang berubah, tapi juga struktur tulang muka kita. Lemak kat bawah kulit pun mula berkurangan dan beralih tempat. Semua perubahan ni buat muka kita nampak ‘berbeza’ dari yang dulu. Jadi, nak pulihkan keremajaan wajah, bukan setakat sapu krim je yang boleh bantu. Kita kena cari solusi yang boleh ‘sentuh’ struktur yang lebih dalam.
Rahsia Kekal Muda Dr. Rushmini: Lebih Dari Sekadar Skincare
Sebagai seorang doktor estetik, ramai yang tanya saya, “Dr., apa rahsia nak kekal muda?” Jawapan saya simple: jaga kesihatan dari dalam. Minum air cukup, makan makanan berkhasiat, tidur yang cukup, dan jangan stress. Dari segi skincare pula, cari produk yang ada bahan aktif macam retinol dan vitamin C. Penting juga pakai sunscreen setiap hari, walaupon duduk di dalam rumah. Tapi, semua ni hanya langkah pencegahan. Kalau muka dah ‘jatuh’ teruk, skincare saja tak cukup. Kita perlukan sesuatu yang lebih ‘konkrit’, yang boleh memulihkan struktur wajah dari dalam.

Serdev Lift: Bukan ‘Pembedahan’, Tapi ‘Pemulihan’ Wajah
Di Marissa Aesthetic, kami percaya pada ‘Restorative Beauty’. Cantik bukan sekadar rupa, tapi juga kesihatan. Sebab tu kami tawarkan Serdev Lift—satu teknik ‘lifting’ wajah yang unik, diasaskan oleh Prof. Dr. Nikolay Serdev (dan saya sendiri telah belajar secara langsung daripada beliau!). Apa yang buat Serdev Lift ni berbeza? Ia bukan pembedahan. Tak perlu potong kulit, tak perlu jahit-menjahit. Serdev Lift menggunakan benang halus yang dimasukkan kat bawah kulit untuk ‘mengangkat’ dan ‘menegangkan’ semula struktur SMAS tadi.
Teknik ni minimal invasif, maksudnya downtime sangat singkat. Pesakit boleh sambung kerja atau aktiviti harian dalam masa beberapa hari sahaja. Tapi, yang paling penting, hasil dia nampak natural. Muka tak nampak macam ‘kena tarik’, tapi lebih segar, lebih muda, dan lebih berseri. According kepada pengetahuan saya, Serdev Lift memfokuskan kepada enam bahagian utama wajah, termasuklah eyebag, membentuk hidung, mengurangkan smile line, marionette line, apple cheeks dan juga V-shape.
Bayangkan Pn. Jamilah, lepas buat Serdev Lift, dia tengok cermin dan terkejut. ‘Jowls’ dah kurang, pipi nampak lebih anjal, dan garis senyum pun dah tak berapa ketara. Muka dia nampak lebih muda 10 tahun! Dia kata, “Macam umur 36!” Bukan setakat rupa yang berubah, tapi keyakinan dia pun bertambah. Dia rasa lebih bersemangat dan lebih gembira dengan diri sendiri.
Wajah Lebih Muda, Keyakinan Lebih Tinggi
Serdev Lift bukan sekadar ‘tarik muka’. Ia adalah pelaburan untuk keyakinan diri dan kualiti hidup. Dengan Serdev Lift, anda boleh memulihkan keremajaan wajah anda tanpa perlu risau tentang parut atau downtime yang lama.
Untuk maklumat lanjut dan sesi konsultasi peribadi bersama team pakar kami, layari laman web kami atau hubungi kami hari ini. Kami sedia membantu anda mencapai impian wajah yang lebih muda dan berseri!





